6/16/07

BERUBAH ,BUAT DUIT CARA BARU,BERUBAH UNTUK LEBIH BAIK



Setiap hari kita akan bangun awal pagi dan kemudian berpusu-pusu ke tempat kerja masing masing.Bermula dari 8.45 pagi sehingga ke pukul 5.45 petang untuk menyara keluarga. Cukup bulan dapat gaji.RM 1,000-00 ke RM 3,000-00 . Bila duit tambah sibuk buat overtime sampai merayu pada bos agar dibenarkan balik pukul 8.00 ke 10.00 malam untuk tambah RM 500 ke RM 600 sebulan.

Bayar rumah, Bayar kereta , Hutang Credit kad,segala bil-bil,duit dapur, belanja anak sekolah,Duit orang tua. Yang tinggal hanya beberapa ratus untuk meneruskan kehidupan .
Hidup tak susah tetapi tak mewah dan kadang-kadang tu terpaksa berhutang.(guna credit kad).Nak menyimpan memang jauh sekali. Bila anak-anak merengek nak makan itu ini,jalan sana sini bila cuti sekolah,kita yang pening.Bukannya apa,hutang Credit kad semakin bertambah.Bila nak selesaikan pun tak tahu.Asyik bayar minima sahaja. Sampai mati pun tak habis.Bank yang untung berlipat kali ganda.Bayangkan kalau bank ada pelanggan seramai sejuta orang .Berapa banyak keuntungan atas yang bank dapat.

Bila nak raya lagi pening.Kuih kena beli sebab isteri tak ada masa nak buat. Baju raya,duit raya,duit nak balik kampong(tol,minyak,makan dll).Gaji memang tak cukup.Terpaksa ambil advance sebulan gaji dari syarikat untuk tampung semua diatas.Hari raya kita raya sakan. Lepas tu merana nak bayar balik advance dalam masa 7 bulan. Dah la gaji tiap-tiap bulan cukup-cukup je.Ditambah pula nak bayar duit advance.

Kalau keadaan anda seperti diatas,sampai mati pun anda tidak akan dapat hidup selesa. Sampai bila kita harus jadi begini.Bukan anda sahaja, malahan hampir 75% penduduk dimalaysia menghadapi situasi yang sama.Tak percaya ,cuba Tanya orang sebelah anda.Kita bukanya keturunan bangsawan, keturunan raja ataupun anak menteri atau Wakil Rakyat. Kita rakyat biasa terpaksa bersusah payah untuk hidup.

Kita tak perasan semua itu,sebab kita mudah selesa .Ramai yang nampak bergaya tetapi habuk pun tak ada.Pakai kereta mewah tapi tertunggak 3 ke 4 bulan bila-bila masa je boleh kena tarik.Biar papa asal bergaya. Ini prinsip yang salah tetapi diamalkan oleh ramai orang kita. Sebab tu Court Mamoth mempunyai semakin banyak cawangan di seluruh Malaysia walaupun sepuluh tahun dulu hanya ada 3.Itupun di Bandar besar.Nak baju cantik ,hutang dengan bangle yang jual kain sehingga baru-baru ni heboh di surat khabar Mat bangle ambil kesempatan sebagai bayaran hutang Kain atau Karpet.

Kita selalu terfikir,termimpi untuk merubah kehidupan.Hutang dah habis bayar, rumah ada 2 – 3. Pandu kereta mewah dan duit tak ada masaalah.Apa yang boleh kita lakukan untuk menjana sekurang kurangnya RM 500-00 sebulan atau beratus ribu sebulan.

Apabila sebut sahaja puluhan ribu ke ratusan ribu sebulan kita akan memerlukan modal yang amat besar untuk menjalankan perniagaan. Kita tidak akan percaya jika mendengar dengan hanya bermodalkan RM 3,000-00 kita akan berpotensi untuk menjana melebihi RM 145,000-00 sebulan.Saya sendiri pun begitu. Saya telah mendengar tentang perkara ini semenjak tahun 2005 akan tetapi saya kurang yakin dan tak percaya kerana ianya adalah diluar batasan pemikiran saya. Hujung 2006 baru hati saya terbuka untuk menjalankan perniagaan ini.Bayangkan jika saya bermula ditahun 2005.Apa nak buat ini yang kita pilih. Namun begitu masih belum terlambat.

Bukan niat saya untuk menipu tetapi saya ingin mengajak anda semua menjalankan satu program yang hebat yang bakal merubah 300% KEHIDUPAN anda.Saya lambat bertindak walaupun peluang itu telah hadir pada tahun 2005.Sehingga ke hari ini saya masih menyesal dengan tindakan saya. Saya lambat sedar,saya angkuh ,saya sombaong .Saya rasa bekerja di sebuah syarikat Kewangan (bank) HEBAT. Pekerjaan pilihan saya.Saya ingin jadi Manager bank. Saya langsung tidak membuka minda saya yang ada yang lebih lumayan, lebih seronok ,lebih relax dari bekerja di bank yang gaji saya hanya RM 3,500-00 sebulan walaupun dah 10 tahun bekerja. Andai kata saya dapat dapat RM 10,000-00 sebulan sekalipun masih tidak dapat menyaingi mereka yang tidak berapa berjaya di Uptrend. Pendapatan mereka menjangkau betul-betul diluar jangkaan.Mencecah RM 20,000 sebulan. Itu yang tak berapa berjaya.Yang berjaya pendapatan mencecah RM 500,000 sebulan. Pendapatan mereka melebihi pendapatan CEO sebuah bank malahan Direktor-direktor bank itu sendiri.

Seronok sangat ke jadi pegawai,Manager, CEO bank. Asyik kena marah .Kena marah dengan Bos.Kena marah dengan Pelanggan. Gaji dahla sikit. Kenaikan gajipun ........malas nak cakap.Sebiji Handphone pun tak boleh beli.Tunggu bonus untuk mewah sikit.Sikit je...Yang lain habis buat bayar Hutang yang keliling pinggang.

Sedarlah.....Pekerjaan yang kita lakukan sekarang bukanya yang terbaik. Jika kita ada impian untuk buat RM 100,000 sebulan .....yang perlu kita buat hanyalah memperkenalkan program atau perniagaan ini kepada semua orang yang kita jumpa.Untuk RM 3,000-00 sebulan kita sanggup buat macam-macam, kenapa kita tak sanggup untuk RM 100,000-00. Pada permulaanya memanglah payah sedikit sebab kita tak faham, tak mahir.Apabila masa berlalu kita akan merasa ianya senang.

Susahke jika hanya perkenalkan orang kita dapat puluhan ribu atau Ratusan Ribu.Kita hanya perlukan satu persembahan yang mantap untuk meyakinkan orang lain.Kalau bercerita orang tak faham macam mana orang nak percaya..

Apa yang perlu dibuat.
Faham konsep Uptrend.
Tahu semua bonus yang ada.
Ayat mesti POWER.(Ada sikit-sikit pun cukup)
Testimoni Kejayaan.
Keratan Akhbar.
Boleh menceritakan pelan pemasaran secara detail, menarik dan mudah difahami.
Jangan malu atau segan. Belasah aje.
Perlu cepat bertindak.
YAKIN PADA DIRI SENDIRI DAN UPTREND.