6/26/07

Uptrend.Cari duit,Buat Duit.Kumpul Duit.

Senang cerita Mana nak cari duit,Mana nak buat duit,Macam mana nak dapatkan duit,cara mudah dapatkan duit,berapa banyak duit yang anda boleh kumpul.Apakah peluang yang anda ada untuk mengumpul kekayaan dan menjadi jutawan paling tidak tambah pendapatan ,buat pendapatan melalui hobi baru yang menguntungkan iaitu UPTREND.Saya sudah lakukan dan merasai keseronokan serta dapat menjana pendapatan lumayan yang menyamai pendapatan bulanan yang saya dapat melalui pekerjaan tetap saya. Hobi baru saya yang mendatangkan wang,duit,kereta baru,HP baru,Lap top baru dan macam-macam lagi yang baru…..Isteri saja yang lama…

JOM TENGOK VIDEO NI DULU.SILA CLICK



Inilah cara memancing zaman moden. Cuba klik dan tengok betapa hebatnya umpan pancing.Dengan banner ini saya dah buat beribu dah. Dalam masa 5 bulan dah hampir 100 orang sertai saya menjalankan apa yang saya buat.....UPTREND....Buat duit,cari duit,kumpul duit....online dan offline.Cara bebas.Yang penting Masyuk.....cara halal.







Kenapa Saya lakukan?? Kerana saya tahu plan ini memang boleh berjaya.Hanya perlukan perancangan,strategy dan mencari bakat yang terpendam yang perlu dicungkil. Saya pasti akan berjaya mencari mereka yang berbakat seperti saya.Hanya perlukan kesabaran. Merangkak pun saya teruskan jua kerana Pulangan atau ganjarannya amat lumayan.
Percayalah…..Cubalah….Jika anda berani dan anda inginkan kelainan serta mudah….Semudah A,B dan C….tapi perlu sabar.Cabarannya memang hebat.Umpama seorang pengail yang ingin mengail ikan yang banyak dan besar dilautan yang terbentang luas.

Saya berubah.Dari mempunyai hobi mengisi masa lapang yang tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada satu hobi yang lumayan.Kalau dulu pergi memancing sekadar untuk kepuasan diri tapi duit habis dan dapat ikan tak seberapa.Sekarang boleh buat duit 3 ke 4 ribu sebulan .Kadang-kadang tu buat Rm 600-00 sehari berturut turut sampai 3 ke empat hari.Ini barulah dikatakan buat duit,betul-betul cari duit cara mudah,tempat nak kumpul duit.

Bukan nak mengata.Kalau yang lain tu dah penat dah.Modal banyak keluar.Tiap2 bulan nak keluar modal maintainlah, Nak ambil barang kena keluar modal,Kadang-kadang tu stokis kehabisan stok atau stokis tak ada duit nak beli stok.Kita melopong barang tak ada.Customer lari. Uptrend merubah segalanya.Macam saya dah jumpa satu lubuk.Bukan lubuk ikan ,tetapi ianya lubuk duit.Kolam duit,tempat buat duit,tempat cari duit.Yang paling penting adalah mudah,murah,tak perlu banyak masa,lumayan dan halal serta diluluskan oleh kerajaan.

6/18/07

Uptrend ...Impian jadi kenyataan



Kejayaan seorang guru dan seorang akauntan bank menjadi bukti Uptrend memang berupaya mengubah nasib seseorang.Apakah rahsia mereka.Rahsia mereka mudah:-

  • Yakin dan percaya dengan pelan pemasaran uptrend.
  • Dapatkan ilmu yang secukupnya tentang uptrend.
  • Bekerjasama dengan rakan kongsi mereka.
  • Tidak mudah menyerah kalah.

Bunyinya macam mudah tetapi percayalah memang mudah.Kalau tidak saya pun tak nak buat kerja bodoh ni. Kalau mereka boleh jadi jutawan,bermakna pendapatan mereka melebihi RM 1juta setahun ataupun sekurang-kurangnya 83 ribu sebulan.Cuba bayangkan jika anda dapat buat 5% sahaja. Itupun dah buat RM 4,000 sebulan. Bayangkan pendapatan tambahan anda RM 4,000-00 sebulan. Apa yang anda boleh lakukan.

Tunggu apa lagi. Orang dah sampai kebulan anda masih duduk berfikir nak pergi bulan naik apa?nak pakai baju apa? nak makan apa. Anda hanya perlu ikut apa yang mereka buat.Mudah,tak payah pening kepala.Cuma pening bila dah buat duit nanti...Pening duit banyak sangat macam air,tak berhenti-henti.....

Fikirkan, Uptrend telah hasilkan begitu ramai jutawan.Kenapa anda masih tidak mahu mencuba........Mungkin rezeki anda disini.

4D – Duduk diam dapat duit. (Cara mudah)

Ramai antara kita yang berangan untuk duduk diam dapat duit .Ini lah sebenarnya punca kenapa ramai yang terjerumus ke kancah pelaburan internet dan ramai yang terkena.Puncanya adalah kerana Percaya kepada janji-janji manis pengusaha pelaburan tersebut.

Dalam Uptrend, 4d atau DUDUK DIAM DAPAT DUIT memang nyata dan terbukti boleh.Sebabnya adalah kerana Pelan Pemasaran Uptrend yang mudah, ringkas dan berkesan.
A) Jadi Ahli.
B) Beli package Produk
C) Perkenalkan sekurang-kurangnya 2 orang.

Untuk mula buat duit Perlu perkenalkan sekurang-kurangnya 2 orang. Caranya mudah.Bukan setakat 2 akan tetapi 20 orang pun boleh.Selepas itu setiap yang kita perkenalkan perlu ikut langkah yang sama.

Cara Pertama.(Offline)
Uptrend mempunyai banyak bisnes center persendirian leader-leader uptrend.Kenal pasti bisnes center yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Dapatkan Jadual masa mereka melakukan penerangan.Selalunya pada pukul 9.00 malam setiap hari ataupun anda boleh terus ke Ibu Pejabat di PJ yang sememangnya penerangan perniagaan dijalankan secara percuma setiap hari.

Disinilah cara yang paling mudah untuk memulakan pendapatan walaupun anda tidak pandai buat penerangan, tidak pandai bercakap dan penerangan anda tak menarik.

Caranya adalah dengan mengajak kawan-kawan (Cakap peluang buat duit mudah) ke bisnes center yang anda kenal pasti.
Pastikan mereka duduk didalam sesi penerangan kemudian anda duduk diam tanpa perlu buat apa-apa.
Apabila selesai sesi penerangan lebih kurang 45 minit. Anda hanya perlu Tanya samaada mereka berminat untuk turut serta.Jika berminat , Hulurkan Borang pendaftaran dan buat pendaftaran .Maka anda akan menerima bayaran bonus keesokan harinya.

Cara Kedua.

Apabila anda menyertai Uptrend sudah pasti mempunyai Upline dan Upline anda sudah pasti mempunyai upline –upline yang boleh digelar super leader sebab mereka ni dan ada beratus malahan beribu downline. Kenali mereka, rapat dengan mereka,himpit mereka.Disinilah kegunaan mereka.
Sekali lagi ,Anda hanya perlu bawa kawan-kawan anda kepada mereka dan let them do the talking. Anda hanya duduk diam disebelah kawan anda.
Super leader ni selalunya sudah buat banyak duit dan amat berpengalaman.Sudah tentu penerangan yang mereka buat menarik dan berkesan.Sudah tentu dapat close deal.
Maka anda yang akan mendapat duit.

Cara Ketiga.
Apabila anda berjaya memperkenalkan minima 2 orang dengan cara diatas.(Kalau dapat 20 orang lagi bagus).Tugas anda menjadi lagi mudah.Anda hanya perlu mengajar mereka cara DUDUK DIAM BUAT DUIT @ 4D dan selepas itu mereka memulakan dan anda akan merasai nikmat sebenar DUDUK DIAM BUAT DUIT.Kali ini betul-betul duduk diam kerana yang bawa kawan-kawan itu adalah mereka bukannya anda.



Cara Keempat Online.

Sila klik sampai habis dan anda akan saya hubungi.Anda pasti hairan dari mana saya dapat no tel anda.Email add anda.Program ini yang uruskan dan disamping itu menerangkan tentang perniagaan.

6/16/07

BERUBAH ,BUAT DUIT CARA BARU,BERUBAH UNTUK LEBIH BAIK



Setiap hari kita akan bangun awal pagi dan kemudian berpusu-pusu ke tempat kerja masing masing.Bermula dari 8.45 pagi sehingga ke pukul 5.45 petang untuk menyara keluarga. Cukup bulan dapat gaji.RM 1,000-00 ke RM 3,000-00 . Bila duit tambah sibuk buat overtime sampai merayu pada bos agar dibenarkan balik pukul 8.00 ke 10.00 malam untuk tambah RM 500 ke RM 600 sebulan.

Bayar rumah, Bayar kereta , Hutang Credit kad,segala bil-bil,duit dapur, belanja anak sekolah,Duit orang tua. Yang tinggal hanya beberapa ratus untuk meneruskan kehidupan .
Hidup tak susah tetapi tak mewah dan kadang-kadang tu terpaksa berhutang.(guna credit kad).Nak menyimpan memang jauh sekali. Bila anak-anak merengek nak makan itu ini,jalan sana sini bila cuti sekolah,kita yang pening.Bukannya apa,hutang Credit kad semakin bertambah.Bila nak selesaikan pun tak tahu.Asyik bayar minima sahaja. Sampai mati pun tak habis.Bank yang untung berlipat kali ganda.Bayangkan kalau bank ada pelanggan seramai sejuta orang .Berapa banyak keuntungan atas yang bank dapat.

Bila nak raya lagi pening.Kuih kena beli sebab isteri tak ada masa nak buat. Baju raya,duit raya,duit nak balik kampong(tol,minyak,makan dll).Gaji memang tak cukup.Terpaksa ambil advance sebulan gaji dari syarikat untuk tampung semua diatas.Hari raya kita raya sakan. Lepas tu merana nak bayar balik advance dalam masa 7 bulan. Dah la gaji tiap-tiap bulan cukup-cukup je.Ditambah pula nak bayar duit advance.

Kalau keadaan anda seperti diatas,sampai mati pun anda tidak akan dapat hidup selesa. Sampai bila kita harus jadi begini.Bukan anda sahaja, malahan hampir 75% penduduk dimalaysia menghadapi situasi yang sama.Tak percaya ,cuba Tanya orang sebelah anda.Kita bukanya keturunan bangsawan, keturunan raja ataupun anak menteri atau Wakil Rakyat. Kita rakyat biasa terpaksa bersusah payah untuk hidup.

Kita tak perasan semua itu,sebab kita mudah selesa .Ramai yang nampak bergaya tetapi habuk pun tak ada.Pakai kereta mewah tapi tertunggak 3 ke 4 bulan bila-bila masa je boleh kena tarik.Biar papa asal bergaya. Ini prinsip yang salah tetapi diamalkan oleh ramai orang kita. Sebab tu Court Mamoth mempunyai semakin banyak cawangan di seluruh Malaysia walaupun sepuluh tahun dulu hanya ada 3.Itupun di Bandar besar.Nak baju cantik ,hutang dengan bangle yang jual kain sehingga baru-baru ni heboh di surat khabar Mat bangle ambil kesempatan sebagai bayaran hutang Kain atau Karpet.

Kita selalu terfikir,termimpi untuk merubah kehidupan.Hutang dah habis bayar, rumah ada 2 – 3. Pandu kereta mewah dan duit tak ada masaalah.Apa yang boleh kita lakukan untuk menjana sekurang kurangnya RM 500-00 sebulan atau beratus ribu sebulan.

Apabila sebut sahaja puluhan ribu ke ratusan ribu sebulan kita akan memerlukan modal yang amat besar untuk menjalankan perniagaan. Kita tidak akan percaya jika mendengar dengan hanya bermodalkan RM 3,000-00 kita akan berpotensi untuk menjana melebihi RM 145,000-00 sebulan.Saya sendiri pun begitu. Saya telah mendengar tentang perkara ini semenjak tahun 2005 akan tetapi saya kurang yakin dan tak percaya kerana ianya adalah diluar batasan pemikiran saya. Hujung 2006 baru hati saya terbuka untuk menjalankan perniagaan ini.Bayangkan jika saya bermula ditahun 2005.Apa nak buat ini yang kita pilih. Namun begitu masih belum terlambat.

Bukan niat saya untuk menipu tetapi saya ingin mengajak anda semua menjalankan satu program yang hebat yang bakal merubah 300% KEHIDUPAN anda.Saya lambat bertindak walaupun peluang itu telah hadir pada tahun 2005.Sehingga ke hari ini saya masih menyesal dengan tindakan saya. Saya lambat sedar,saya angkuh ,saya sombaong .Saya rasa bekerja di sebuah syarikat Kewangan (bank) HEBAT. Pekerjaan pilihan saya.Saya ingin jadi Manager bank. Saya langsung tidak membuka minda saya yang ada yang lebih lumayan, lebih seronok ,lebih relax dari bekerja di bank yang gaji saya hanya RM 3,500-00 sebulan walaupun dah 10 tahun bekerja. Andai kata saya dapat dapat RM 10,000-00 sebulan sekalipun masih tidak dapat menyaingi mereka yang tidak berapa berjaya di Uptrend. Pendapatan mereka menjangkau betul-betul diluar jangkaan.Mencecah RM 20,000 sebulan. Itu yang tak berapa berjaya.Yang berjaya pendapatan mencecah RM 500,000 sebulan. Pendapatan mereka melebihi pendapatan CEO sebuah bank malahan Direktor-direktor bank itu sendiri.

Seronok sangat ke jadi pegawai,Manager, CEO bank. Asyik kena marah .Kena marah dengan Bos.Kena marah dengan Pelanggan. Gaji dahla sikit. Kenaikan gajipun ........malas nak cakap.Sebiji Handphone pun tak boleh beli.Tunggu bonus untuk mewah sikit.Sikit je...Yang lain habis buat bayar Hutang yang keliling pinggang.

Sedarlah.....Pekerjaan yang kita lakukan sekarang bukanya yang terbaik. Jika kita ada impian untuk buat RM 100,000 sebulan .....yang perlu kita buat hanyalah memperkenalkan program atau perniagaan ini kepada semua orang yang kita jumpa.Untuk RM 3,000-00 sebulan kita sanggup buat macam-macam, kenapa kita tak sanggup untuk RM 100,000-00. Pada permulaanya memanglah payah sedikit sebab kita tak faham, tak mahir.Apabila masa berlalu kita akan merasa ianya senang.

Susahke jika hanya perkenalkan orang kita dapat puluhan ribu atau Ratusan Ribu.Kita hanya perlukan satu persembahan yang mantap untuk meyakinkan orang lain.Kalau bercerita orang tak faham macam mana orang nak percaya..

Apa yang perlu dibuat.
Faham konsep Uptrend.
Tahu semua bonus yang ada.
Ayat mesti POWER.(Ada sikit-sikit pun cukup)
Testimoni Kejayaan.
Keratan Akhbar.
Boleh menceritakan pelan pemasaran secara detail, menarik dan mudah difahami.
Jangan malu atau segan. Belasah aje.
Perlu cepat bertindak.
YAKIN PADA DIRI SENDIRI DAN UPTREND.




6/9/07

Cara cari down line online.....



Sila klik untuk menjadikan kereta impian anda satu kenyataan.

6/4/07

AWAS ,PELABUR INTERNET,JOM SERTAI UPTREND..

BERITA HARIAN 3/06/07
SC sekat laman web
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Ifwan Tun Tuah

Pelabur skim haram tak boleh akses akaun mulai 11 Jun

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang terbabit dalam skim pelaburan haram menerusi internet diarah mengeluarkan pelaburan dan menutup akaun masing-masing serta-merta kerana akses kepada laman web berkenaan akan disekat mulai 11 Jun ini.Suruhanjaya Sekuriti (SC), dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata pihaknya akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah mulai tarikh itu bagi mengelak penipuan.Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web yang menawarkan skim pelaburan haram itu disekat, sekali gus menyebabkan mereka berdepan risiko kehilangan semua wang yang dilaburkan.“SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) serta CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.
Langkah ini adalah rentetan daripada siri amaran dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah sebelum ini. Walaupun amaran berulang sudah diberikan, masih ada yang terus melabur dalam skim pelaburan ini.
“SC sudah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman yang sudah memulakan kempen kesedaran yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet,” katanya.Antara April dan Mei lalu saja, SC menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berhubung skim pelaburan internet haram dengan ramai di antaranya mengadu mereka sudah kerugian sejumlah besar wang.SC berkata, skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui internet, tidak dilesenkan oleh suruhanjaya bagi memberi nasihat pelaburan berkaitan aktiviti sekuriti, pasaran niaga hadapan atau kegiatan pengurusan dana di negara ini.
“Orang ramai diingatkan supaya hanya melabur dengan pihak yang dilesen oleh SC supaya mendapat perlindungan yang disediakan mengikut undang-undang sekuriti dan pelabur dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada senarai syarikat atau individu yang dilesenkan,” katanya.
Senarai berkenaan boleh didapati di laman web www.sc.com.my, yang dikemas kini secara berkala serta mengandungi maklumat berhubung syarikat yang dikesan tidak diberi lesen mengikut undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sebarang aktiviti pelaburan.
Mengikut laman itu, sejumlah 61 syarikat terbabit menawarkan pelaburan yang tidak sah termasuk ABB Fund, AM Global Management, Data Saham, eUK Gold, E-suisse Fund, Hibah Funds, My Dinar, Swiss Mutual Fund, Smartcash dan Sime Securities.Media sebelum ini melaporkan syarikat pengendali skim pelaburan internet berkenaan yang mendakwa terbabit dalam perniagaan berkaitan perdagangan komoditi, minyak dan gas, dipercayai didalangi sindiket penipuan tempatan serta antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika dihubungi semalam, berkata tindakan proaktif SC dalam usaha mengekang kegiatan skim pelaburan menerusi internet haram itu akan membantu membendung gejala itu daripada terus berleluasa.Katanya, sudah tiba masanya kegiatan haram itu ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.“Ini satu bentuk penipuan dan ia memang tidak baik. Kita menyokong penuh sebarang usaha menangani perbuatan tidak baik ini dan ia memang sudah sepatutnya dilakukan dari awal lagi iaitu, ketika mula-mula kegiatan ini dikesan,” katanya.Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya pula ketika dihubungi menyifatkan tindakan itu sebagai langkah yang berkesan untuk menyedarkan orang ramai yang mudah terpedaya dengan skim penipuan berkenaan.“Kita sedia maklum mengenai tindakan suruhanjaya itu dan sentiasa bekerjasama dengan mereka serta agensi penguat kuasa lain bagi memastikan sebarang skim pelaburan yang tidak sah dapat dihapuskan,” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA,JOM SERTAI UPTREND.....DILULUSKAN OLEH KERAJAAN.DIJAMIN HEBAT.....