4/21/07

PETUA ASAS UNTUK MENCEBURI PELABURAN INTERNET ATAU PERNIAGAAN.

Siapa yang tak perlukan wang . Siapa yang tak nak kaya . Oleh yang demikian semakin banyak skim pelaburan internet telah muncul. Kenapa sejak kebelakangan ini banyak sangat diMalaysia. Adakah orang malaysia banyak duit, mudah percaya, pemalas, inginkan wang mudah tanpa perlu usaha…pelik…walaubagaimana pun jika ingin menceburi pelaburan atau perniagaan pastikan perkara-perkara berikut.
Antara perkara yang perlu diambil berat jika ingin melibatkan diri didalam bidang Pelaburan atau Perniagaan tidak kira diinternet ataupun offline .
Secara Ringkasnya.Perkara yang paling penting ialah untuk pastikan ianya diluluskan oleh kerajaan
Malaysia sebab kita duduk dimalaysia. Bukan dari
China,
India,
Usa,Swiss dan lain-lain.
Lesen sah dikeluarkan oleh badan-badan berikut:-
1. Bank Negara Malaysia- Jika melibatkan deposit/placement duit. Pembayaran faedah/interest. Pelaburan dan apa-apa yang melibatkan kutipan wang dari orang ramai.
2. Security Commission( Suruhan Jaya security)- Jika melibatkan Deposit/placement duit. Pelaburan(apa-apa jenis pelaburan).
3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri- Jika melibatkan jualan ulangan(belbagai peringkat). Ada pelan pemasaran yang melibatkan cari downline.Perlu ada lesen dibawah akta jualan langsung.(AJL).

Jika perniagaan atau pelaburan yang anda ceburi itu ada salah satu lesen diatas bolehlah anda tidur lena kerana diluluskan oleh kerajaan . Jika tidak dan jika anda didapati bersalah anda boleh disabitkan dengan AKTA MONEY LAUNDERING. Di bawah akta ini – Barang siapa terlibat secara lansung, bersubahat, menggunakan wang jika sabit kesalahan anda akan dipenjara selama 10 tahun atau denda 10 juta ringgit atau kedua-duanya sekali,Segala harta hasil dari yang tersebut akan disita oleh kerajaan. Ada lagi beberapa perkara yang perlu diteliti. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Alamat tetap syarikat. Pastikan alamat itu betul-betul ujud.Jika dinegara lain sekalipun pastikan ianya ujud. Jika satu syarikat perniagaan atau pelaburan yang betul-betul hebat , tak pernah rugi boleh bayar faedah yang tinggi dan berterusan sudah tentu mempunyai satu atau sepuluh banggunan yang sekurang-kurangnya setinggi KLCC. Kalau hanya ada 2 buah komputer dan bilik sebesar Jamban, lupakan sahaja. Anda telah ditipu.
2. No telefon tetap syarikat. Bukan Hand Phone. Pastikan ada no. tel tetap dan didaftarkan atas nama syarikat tersebut. Tak kira dinegara mana sekalipun.Kalau sudah ada jaringan dimalaysia, syarikat tersebut semestinya sudah membuka satu cawangan disini untuk menguruskan hal-hal perniagaan. Jika tiada dinasihatkan jangan sertai.
3. E-mail address. Perlu ada e-mail address syarikat, bukan individu atau laman web sahaja. Jika hanya ada laman web ini pasti milik peribadi seseorang seperti anda dan saya. Jika hanya ada laman web sahaja saya pun boleh buat.
Perkara diatas hanya sekadar Pedoman/landasan. Jika tiada lesen sah dari kerajaan adalah umpama menjual barang seludup. Boleh untung banyak akan tetapi jika tertangkap anda pasti akan dipenjara.Buat apa buat sesuatu yang salah disisi undang-undang , tidur malam tak lena takut syarikat tutup, orang akan cari kita, akhirnya terpaksa lari berpindah-randah takut kena pukul . Fikirkan….

Sila klik untuk melihat satu peluang mengubah kehidupan anda

No comments: